Thursday, February 19, 2009

Mengeratkan Silaturrahmi Sesama Muslim




Dalam Islam, kita digalakkan utk saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Tidak kira bangsa mahupun agama. Apabila kita mengeratkan silaturrahmi, bermakna kita telah pun memperkukuhkan dan menjalinkan sebuah ikatan atau perhubungan yang kuat serta padu. Jadi, janganlah sesekali kita memutuskan tali persaudaraan sesama muslim kerana itu boleh mendatangkan kebencian org. Maka dari itulah, marilah kita sama-sama menegakkan syi'ar Islam, memperkembangkan agama Islam dan meneruskan perjuangan Islam serta bersatu-padu dalam membina ukhuwwah. Bak kata pepatah: 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.






Saturday, February 14, 2009

Kekayaan Hati

Bahgialah yg miliki
Kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu
Wahai para Muttaqin

Bahgialah yg miliki
Kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu
Wahai para Mukhlisin

Miliki hati pemurah
Yg mampu menahan marah
Memberi maaf dgn
Mudahnya...mudahnya

Miliki hati pengasih
Walau diri kan tersisih
Memberi kasih tanpa
Memilih...memilih

Hati itu bagai ladang
Tempat bercucuk tanam
Hati itu bagai kolam
Tenang nyamannya

Cari kekayaannya
Dalam uzlah yg lama
Di malam yg sempurna
Bermunajat padanya

Pengabdian yg hakiki
Lewat zikir amali
Dibasahi disirami
Dengan rahmat Ilahi...

Monday, February 9, 2009

Tentang Aiman



















Apakah maksud di sebalik nama "AIMAN"?
A- antara
I- individu yang paling
M-menyayat hati dalam
A- akademi
N- nasyid 2008 (musim pertama)


Aiman bermaksud: yang bertuah.

Beberapa perkara yg saya tahu tentang Aiman:

Nama sebenarnya ialah Md. Aiman Bin Md. Sidek. Aiman adalah anak yg sulung dalam 6 org adik-beradik. Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu pada 14 Okt 1989. Kini beliau berusia 19 tahun dan sedang menuntut di UNITEN. Mengambil jurusan dlm bidang business admin. Cita-citanya ingin menjadi seorang ahli perniagaan.

Aiman pernah memasuki pertandingan Akademi Nasyid pada tahun 2008. Beliau dinobatkan sbg naib johan dlm pertandingan itu. Setelah itu, Aiman berjaya mara ke peringkat akhir dlm Anugerah Juara Lagu ke-23. Walaupun beliau tidak memenanginya, namun rasa kecewa atau putus asa tidak pernah menghambat hati semua peminat-peminatnya dan penyokong-penyokongnya.
Aiman adalah seorang yg peramah, pemalu tpi pada masa yg sama beliau tetap kekalkan image yg "cool". Beliau mempunyai suara yg begitu lunak dan merdu sekali ketika menyampaikan lagu yg berjudul "Dusta Berkalang". Katanya, Insya'Allah album beliau akn dikeluarkan pada bulan Mac ini. Itu janji komposer. Saya percaya Aiman boleh buat dan dapat membuktikan pada semua orang bahawasanya beliau boleh lakukan yg terbaik khas buat semua peminat-peminatnya dan terutama sekali utk kedua ibu bapanya serta keluarganya yg tercinta.
Sejauh ini, Aiman telah banyak kali dijemput utk membuat persembahan. Antaranya di Karnival Terengganu, Istana Budaya dan banyak lagi tempat-tempat yg pernah beliau membuat persembahan. Itu semua sudah menjadi rezeki Aiman. Allah Ta'ala yg menentukan rezeki bagi hambanya.
Ok lah...setakat di sini sahaja yg saya tahu serba sedikit tentang seorang jejaka yg bernama Aiman. :)

Saturday, February 7, 2009

Damba Kasih

Semakin jauh ku darimu
Semakin dekat pula kau
Menghampiri daku
Oh...Tuhan Yg Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganmu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula kau mendugai aku
Oh...Tuhan Yg Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanmu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganmu
Sudikah kau menerima
Hambamu yg hina ini
Ya Allah kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari
Aku kealpaan dusta
Dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun
Kasih sayangmu oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri
Gerbang syurgamu
Oh Tuhan Yg Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksamu oh Tuhan...

Kasih sayangmu Tuhan
Itu yg ku dambakan
Dengan rahmatmu
Ampunilah diriku...

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Jika anda ada apa-apa saranan ataupun soalan, sila nyatakan komen anda ya! =)