

Dalam Islam, kita digalakkan utk saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Tidak kira bangsa mahupun agama. Apabila kita mengeratkan silaturrahmi, bermakna kita telah pun memperkukuhkan dan menjalinkan sebuah ikatan atau perhubungan yang kuat serta padu. Jadi, janganlah sesekali kita memutuskan tali persaudaraan sesama muslim kerana itu boleh mendatangkan kebencian org. Maka dari itulah, marilah kita sama-sama menegakkan syi'ar Islam, memperkembangkan agama Islam dan meneruskan perjuangan Islam serta bersatu-padu dalam membina ukhuwwah. Bak kata pepatah: 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
No comments:
Post a Comment