Monday, January 18, 2010

Dialog Imam Abu Hanifah dgn org kafir

Imam Abu Hanifah pernah bercerita: "Ada seorg ilmuwan besar dr kalangan bangsa Romawi, tpi ia org kafir. Ulama'-ulama' Islam membiarkn saje kecuali seorg iaitu Hammad, guru Abu Hanifah, oleh krn itu dia segan bertemu dgn nya. Pada hari kedua, manusia berkumpul di masjid, org kafir itu maik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dgn siapa saje, dia hendak menyerang ulama'-ulama' Islam. Di antara sof-sof masjid, bangun seorg lelaki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dgn tuan." Mata Abu Hanifah berusaha utk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkn diri krn mudanya. Namun dia pun angkat bicara: "Katakan pendapat tuan!" Ilmuwan kafir itu hairan akn keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya: "Masuk akal kah bila dikatakan bahawa ada pertama yg tdk apa-apanya sebelumnya?" "Benar,tahukah tuan tentang hitungan?" Tanya Abu Hanifah. "Ya". "Apa itu sebelum angka satu?" "Ia adalah pertama dan yang paling pertama. Tak ada angka lain sebelum angka satu", jawab sang kafir itu. "Demikian pula Allah swt". "Di mana Dia skrg? Sesuatu yg ada mesti ada tempatnya", tanya si kafir tersebut. "Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?" "Ya". "Adakah di dalam susu itu keju?" "Ya". "Di mana, di sebelah mana tempatnya keju itu sekarang?", tanya Abu Hanifah. "Tak ada tempat yg khusus. keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dgn susu!", jawab ilmuwan kafir itu. "begitu pulalah Allah, tidak bertempat dan tidak ditempatkan" jelas Abu hanifah. "Ke arah manakah sekarang Allah menghadap? Sebab segala sesuatu pasti punya arah?", tanya org kafir itu. "Jika tuan menyalakan lampu, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?", tanya Abu Hanifah. "Sinarnya menghadap ke semua arah". "Begitu pulalah Allah Pencipta langit dan bumi." "Ya." "Apa yg sedang Allah kerjakan skrg?" "Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya di atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka utk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akn menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya dan Abu Hanifah naik ke atas. "Baiklah, skrg saya akn menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah skrg?" Ilmuwan kafir mengangguk. "Pekerjaan-Nya skrg ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorg kafir seperti tuan, Dia akn menurunkannya seperti skrg, sedangkan apabila ada seorg mu'min di lantai, dgn segera itu pula Dia akn mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu." Para hadirin semua puas dan begitu pula org kafir itu.

No comments:

Post a Comment

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Jika anda ada apa-apa saranan ataupun soalan, sila nyatakan komen anda ya! =)