Wednesday, December 16, 2009

Ku Akui Cinta =)

Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Pawaka (Arteffects Production)
Hakcipta: Arteffects Production
Artis: Aiman
Album: Kompilasi CINTA - Cinta Ilahi Cinta Insani
I
Aku mula merasakan
Terbitnya kasih bagai mentari
Menyinar terang waktu siang
II
Waktu telah menyatukan
Keihlasanmu kejujuranku
Di dalam satu pertemuan
Korus
Dan bila aku akui cintamu
Mula bertapak mula bertakhta
Hilanglah sudah kisah duka lama
Dan kita mula melangkah berdua
Seiiring sesama dalam kembara
Mengenal apa itu erti cinta
III
Kini ruang kekosongan
Mula terisi dan dilakari
Seribu satu warna kasih
Korus
Bridge
Akan datang
Akan datang badai taufan yang menghempas
Badai taufan yang menghempas dan mencabar
Namun kita mesti tabah dan teruskan perjalanan ohh ohhh
Korus
Outro
Waktu telah menentukan
Keihlasanmu kejujuranku
Jadi satu
(Psstt...act aku lum pernah dgr lagu ni pun, tpi suka skali baca lirik dia...tk sabau nk dgr caner lagu dia ni...hehe)

Saturday, August 22, 2009

Ada tk Boyfren ataupun Suami macam ni? Hmm...

Saya suka tengok jari girlfriend saya...Cantik betul...Sungguh! Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang Maha Esa...

Saya suka tengok rambut girlfriend saya...Cantik betol...Sungguh! Sebab tu saya belikan dia tudung...Bukan sebab jealous orang lain tengok jugak...Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever...

Saya suka tengok body girlfriend saya...Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama, Dia lagi cantik dan berseri menghadapNya. Saya pun tumpang dapat pahala. Shioknye...!

Saya sedih tengok girlfriend saya Tak tido, tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama...Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa...Semoga lebih cintakanNya dari saya...

Saya sedih tengok girlfriend saya Selalu pesan macam-macam kat saya..."Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah hati bla bla bla bla" katenya....Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Dia tak kata satu aper pun...Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...Nak jumper dia giler forever...Yang forever punye forever...Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama...Bahagia selamanya...Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti...Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...Semoga kami menginsafi diri...Ya Allah! ampunkanlah kami.....Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...insya'Allah amin ya robbal a'lamin...

P/S: andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...Then kalau anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu yer....Semoga saya pun ambik iktibar jugak... =)

Monday, August 10, 2009

Pergi Saat Indah-Aiman :)


Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...

Monday, June 1, 2009

Noor Syahirah =)

N-AIKKANLAH TARAFMU SEBAGAI WANITA SOLEHAH DI DUNIA & DI AKHIRAT

O-NAK DURI LUMRAH HIDUPMU, HARUNGILAH DENGAN KEIMANAN & KETAQWAAN

O-TAK YANG SENTIASA MEMNERIMA ILMU MERUPAKAN OTAK PALING KAYA

R-EDHAILAH DAN TABAHLAH MENGHADAPI SUKA DUKA DALAM HIDUPMU

S-IFAT MAZMUMAH HARUS DIJAUHI DAN SEMAIKAN SIFAT MAHMUDAH

Y-ANG DIKASIHI-NYA IALAH INSAN SALING MENGASIHI KERANA-NYA

A-MALKAN MAKANAN HALAL DAN JAUHI MAKANAN HARAM SERTA SYUBHAH

H-INDARILAH ARAK KERANA ARAK IALAH TUNJANG SEGALA KEMUNGKARAN

I-HSAN SESAMA MAKHLUK ADALAH ARCA BERHARGA DALAM NURANI MANUSIA

R-ASAILAH KEINDAHAN DAN KECANTIKAN DUNIA DENGAN BERHATI-HATI

A-MALKAN BERDOA KEPADA-NYA TATKALA WAKTU MUSTAJAB DOA

H-IBURKANLAH DIRIMU DENGAN HIBURAN YANG TIDAK MELALAIKAN

Thursday, April 23, 2009

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Indikasi Pesta Pernikahan Yg Islami Adalah:

1) Berhijab
2) Jauhkan dari sifat membazir
3) Tidak tabarruj (hias terlalu mencolok)
4) Mengundang anak yatim & fakir miskin
5) Tidak dengar atau tonton sesuatu yg tidak Islami
6) Memberi sesuatu yg bermanfa'at

(Diharap dptlah kita semua renung & fikir2 kan lah bersama) ^_^

Jikalau seseorg itu sudah bersedia utk berumahtangga, eloklah dipercepatkan majlis pernikahannya tanpa rasa lengah lagi. Ini kerana supaya tidak timbulnya fitnah & syakwasangka yg bukan2.

Jikalau seseorg itu sudah bersedia utk berumahtangga, terus langsung memberitahu pada si dia bahawa kamu suka akn dirinya. Krn kamu jatuh cinta pada budi pekertinya & budi bahasanya serta keelokan akhlaqnya.

Hendaklah kamu sentiasa beringat wahai para muslimin, bernikahlah dgn seorg wanita muslimah yg mempunyai:

1- Agama
2- Harta
3- Paras rupa yg cantik lagi sempurna
4- Dtg drp keturunan yg baik
5- Pandai melayan suaminya dgn baik

Jadi kesimpulannya, pernikahan atau perkahwinan ini adalah sesuatu yg serius yg harus dipikul dgn betul oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki & perempuan. Ia bukan sahaja sbg satu ikatan dlm melayari rumahtangga, malah ia juga harus dipraktikkan setiap hari dgn cara yg boleh membahagiakan di antara suami & isteri. Suami harus mendukung isterinya begitu juga isteri harus mendukung suaminya. Insya'Allah akn kekal lah rumahtangga hingga ke syurga. Amin Ya Robbal A'lamin...



Monday, March 23, 2009

Water

Water is a ni'mah from Allah
He is the one who created water
Because He's Al-Khaliq the creator
The sounds of water goes Swish! Swish!

Human beings animals plants and living things
All need water to live with gracefully
Splashing swishing in deep deep water
Oh! Thank you Allah for your bestowed

Al-Khaliq made the beautiful oceans
Rivers lakes stream and rain
All the living things bowed with zikrullah
Oh! Thank you Allah for your bestowed

We must always be grateful to Allah
For He who creating there valuable things
Water can be found everywhere around us
Oh! Thank you Allah for your bestowed

Dear water dear water
So precious you are to us
Without you all of us will die in hunger and thirst
Oh! Thank you Allah for your bestowed

Saturday, March 21, 2009

Pantun Nasihat

Pungguk menangis dalam kerinduan,
Purnama bersinar di muka bumi,
Dunia kini telah dihancurkan,
Oleh tangan manusia sendiri.

Bumi menyepi direnung hiba,
Angin membisu disinari mentari,
Hancur terbakar di tangan manusia,
Kenapa dunia dibuat begini.

Insan terlena berlumuran dosa,
Bumi menangis dibakar api,
Insan dicipta memakmurkan dunia,
Kenapa mungkar membelut diri.

Ilmu akhirat baik belajar,
Untuk persiapan diri abadi,
Kenapa dunia mahu dikejar,
Kita dilahirkan untuk mengabdi.

Beras pulut dibuatkan bubur,
Untuk bekalan pergi ke laut,
Sebelum jasad hancur dan lebur,
Apa persiapan menghadapi maut.

Di sana sini ditimpa gempa,
Ombak besar sering menghambat,
Sebelum ajal datang menimpa,
Insafi diri sebelum terlambat.

Pahit maung suka dan duka,
Hanya terbiar dipandang mata,
Segala rahsia habis terbuka,
Jasad yang kaku pandai berkata.

Apabila tua mata pun kabur,
Ingati diri sayangi saudara,
Amal dibongkar di dalam kubur,
Amalan di dunia pasti dikira.

Di kala muda olahnya ligat,
Penyakit belarui payah diubat,
Al-Quran dan Sunnah memberi ingat,
Sebelum terlambat baik bertaubat.

Jalan orang selalu dipapat,
Busuknya hati tidak ketara,
Apa dikejar mudah didapat,
Dunia disusur hanya sementara.

Thursday, February 19, 2009

Mengeratkan Silaturrahmi Sesama Muslim




Dalam Islam, kita digalakkan utk saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Tidak kira bangsa mahupun agama. Apabila kita mengeratkan silaturrahmi, bermakna kita telah pun memperkukuhkan dan menjalinkan sebuah ikatan atau perhubungan yang kuat serta padu. Jadi, janganlah sesekali kita memutuskan tali persaudaraan sesama muslim kerana itu boleh mendatangkan kebencian org. Maka dari itulah, marilah kita sama-sama menegakkan syi'ar Islam, memperkembangkan agama Islam dan meneruskan perjuangan Islam serta bersatu-padu dalam membina ukhuwwah. Bak kata pepatah: 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.






Saturday, February 14, 2009

Kekayaan Hati

Bahgialah yg miliki
Kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu
Wahai para Muttaqin

Bahgialah yg miliki
Kekayaan hati budi
Kerna Allah bersamamu
Wahai para Mukhlisin

Miliki hati pemurah
Yg mampu menahan marah
Memberi maaf dgn
Mudahnya...mudahnya

Miliki hati pengasih
Walau diri kan tersisih
Memberi kasih tanpa
Memilih...memilih

Hati itu bagai ladang
Tempat bercucuk tanam
Hati itu bagai kolam
Tenang nyamannya

Cari kekayaannya
Dalam uzlah yg lama
Di malam yg sempurna
Bermunajat padanya

Pengabdian yg hakiki
Lewat zikir amali
Dibasahi disirami
Dengan rahmat Ilahi...

Monday, February 9, 2009

Tentang Aiman



















Apakah maksud di sebalik nama "AIMAN"?
A- antara
I- individu yang paling
M-menyayat hati dalam
A- akademi
N- nasyid 2008 (musim pertama)


Aiman bermaksud: yang bertuah.

Beberapa perkara yg saya tahu tentang Aiman:

Nama sebenarnya ialah Md. Aiman Bin Md. Sidek. Aiman adalah anak yg sulung dalam 6 org adik-beradik. Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu pada 14 Okt 1989. Kini beliau berusia 19 tahun dan sedang menuntut di UNITEN. Mengambil jurusan dlm bidang business admin. Cita-citanya ingin menjadi seorang ahli perniagaan.

Aiman pernah memasuki pertandingan Akademi Nasyid pada tahun 2008. Beliau dinobatkan sbg naib johan dlm pertandingan itu. Setelah itu, Aiman berjaya mara ke peringkat akhir dlm Anugerah Juara Lagu ke-23. Walaupun beliau tidak memenanginya, namun rasa kecewa atau putus asa tidak pernah menghambat hati semua peminat-peminatnya dan penyokong-penyokongnya.
Aiman adalah seorang yg peramah, pemalu tpi pada masa yg sama beliau tetap kekalkan image yg "cool". Beliau mempunyai suara yg begitu lunak dan merdu sekali ketika menyampaikan lagu yg berjudul "Dusta Berkalang". Katanya, Insya'Allah album beliau akn dikeluarkan pada bulan Mac ini. Itu janji komposer. Saya percaya Aiman boleh buat dan dapat membuktikan pada semua orang bahawasanya beliau boleh lakukan yg terbaik khas buat semua peminat-peminatnya dan terutama sekali utk kedua ibu bapanya serta keluarganya yg tercinta.
Sejauh ini, Aiman telah banyak kali dijemput utk membuat persembahan. Antaranya di Karnival Terengganu, Istana Budaya dan banyak lagi tempat-tempat yg pernah beliau membuat persembahan. Itu semua sudah menjadi rezeki Aiman. Allah Ta'ala yg menentukan rezeki bagi hambanya.
Ok lah...setakat di sini sahaja yg saya tahu serba sedikit tentang seorang jejaka yg bernama Aiman. :)

Saturday, February 7, 2009

Damba Kasih

Semakin jauh ku darimu
Semakin dekat pula kau
Menghampiri daku
Oh...Tuhan Yg Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganmu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula kau mendugai aku
Oh...Tuhan Yg Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanmu

Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganmu
Sudikah kau menerima
Hambamu yg hina ini
Ya Allah kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari
Aku kealpaan dusta
Dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun
Kasih sayangmu oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri
Gerbang syurgamu
Oh Tuhan Yg Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksamu oh Tuhan...

Kasih sayangmu Tuhan
Itu yg ku dambakan
Dengan rahmatmu
Ampunilah diriku...

Saturday, January 31, 2009

Selimut Putih

Ah...Ah...Ah...Ah...

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan nan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak-saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah maut disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berjuanglah hidup sepanjang zaman

Ah...Ah...Ah...Ah...

RASULULLAH S.A.W

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlaqmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kebenaran
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan...
Seandainya telah kau catatkan
Dia milikku tercipta utk diriku
Satukanlah hatinya dgn hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah...
Ku mohon apa yg telah kau takdirkan
Ku harap dia adalah yg terbaik buatku
Kerana engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanmu

Ya Tuhanku Yg Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yg lesu tk bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadamu
Kurniakanlah aku pasangan yg beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yg engkau redhai

Oh Tuhan...
Seandainya dia...
Satukanlah...

Ya Tuhanku Yg Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambamu ini
Jangan engkau biarkan ku sendiri

Agar ku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yg hilang
Tumbuhkan yg telah patah

Ku inginkan bahgia
Di dunia dan akhirat
Padamu Tuhan ku mohon segala...

Friday, January 30, 2009

Kau sahabat kau teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yg Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku...kau teman sejati...

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku...kau teman sejati...

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yg Esa

Ya Allah...
Tempatkannya di tempat yg mulia
Tempat yg dikau janjikan nikmat utk hambamu
Sahabatku...
Akn ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku...kau teman sejati...

Wednesday, January 28, 2009

ALHAMDULILLAH :)

"Di saat waktu berhenti, kosong, dimensi membutakan mata menangkap ke telinga lalu diri menjadi hampa. Di saat paradigma dunia tk lg digunakan utk menerkah...sadarku akn hadirmu mematahkan sendi-sendi yg biasanya tegak berdiri..."

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran Yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tk memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta, kembali botol bergelimpangan
Kekasih mudah bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tdk berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Jgn usir diri disalah tafsir guna
Bukan berkorban cuba bertoleh diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai bercinta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Maka dikurnia jgn disalah guna
Jgn kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk hemah bersama
Jagalah nama, hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg cari hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dgn sekecil mata
Boleh hilang dlm sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semangat kaya atau besar tetap Allahuakbar...

Jadikanlah ku tentera fi sabilillah
Yg tertera di kalimah harap memaduilah
Kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dgn rintangan harusku hadapinya
Harap ku tdk lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari kau disaat tiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tpi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila di kalangan duri, onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan
Gaduh pasal perempuan
Sentiasa leka di minda, dikejar dan dipinta
Dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapaku tanpamu di sisi
Dan apa guna posisi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Lukirlah tulisan dan bisikan isi hati
Mencari ketenangan menjiwai peranan
Menfaati pesanan janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tdk leka dlm berjalan nanti...

Aku yg memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg dikatanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
Wujud menyertai langit ku pindah ke alam dlm mata hati
Aku hakiki, aku mengerti segala yg terjadi
Di langit dan di bumi
Dunianya tk ada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar
Kau berilah ku kekuatan
Agar dpt ku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliup
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lg hina
Amat pernah merindui
Moga cahaya dan aku
Tk membutakan mataku
Semoga segala puji tk ku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadapi tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tdk akn risau
Dgn dugaan, cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah syukur...

"Sujudku pun tk kan memuaskan inginku...aku kan serah ke dlm kalbu adapun sembahkan syukur padamu Ya Allah...utk nama, harta dan keluarga yg ku cinta dan perjalanan yg sejauh ini berubah. Alhamdulillah...berikan ku kesempatan yg membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna hidup...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..."

Saturday, January 24, 2009

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sempit
5) hidup sebelum mati

kesemua lima-lima perkara di atas perlulah sama-sama kita ambil berat dan harus ingat selalu di mana jua kita berada. kerana tidak ada yg mustahil di dunia ini jikalau Allah ingin menjadikan sesuatu maka jadilah ia..."kun fayakun".

Tuesday, January 20, 2009

Skrg agama kristian sdg aktif di Seremban dan Selangor. Kian pesat di negeri lain. 1900 org paderi melayu yg baru tiba dr S'pura berada di sini. Hati2 dgn air mineral:

1) AL-BARAMKAH
2) AL-MANSORI
3) AL-BISTARIA
4) AL-MANSUR
5) AL-MUBARAKH
6) AL-BARAKAH
7) AL-BESTARI

Air tersebut telah ditambah dgn HOLYWATER. Semua org2 Islam harus diingatkan krn air ini boleh mengakibatkan lidah keras dan kelu utk menyebut kalimah ALLAH dan mengucap 2 kalimah SYAHADAH.

Monday, January 19, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhamu Ya Tuhan

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..terimalah..terimalah
Taubatku ini

Di hamparan ini
Ku meminta
Moga taubatku
Diterima...

Tuesday, January 13, 2009

Hidup Hanyalah Sementara

Setiap yang hidup tidak akan kekal
Hanya sementara hanya persinggahan
Jadi siap sedia untuk mengharunginya
Kehidupan bak seperti tiada penghujungnya

Insaflah wahai semua
Jangan lalai dan leka
Dalam soal agama
Kerana Allah Ta'ala
Maha Mengetahui
Segala-galanya

Allah Tuhan kami
Muhammad Nabi kami
Kerja yang disuruh
Tinggal yang dilarang

Ya...Rasulallah
Telah pergi selamanya tak kan kembali lagi
Namun kasihnya tidak terpadam
Buat ummat tercinta

Saturday, January 10, 2009



3 cute little babies..gambar ni saje je saya letak. Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Dialah yg menciptakan segala-galanya krn dia adalah Al-Khaliq, Maha Pencipta...sebaik-baik pencipta.








YA RASUL

Ya..Ya..
Telah pergi
Selamanya
Namun kasih
Tak terpadam
Ya Rasul


Kau insan mulia kau insan berjasa pada dunia
Kau Rasul pembela agama tercinta

Telah kau lakar sebuah dunia penuh indah dan terserlah agungmu
Berikan padaku syafa’at di hari pertemuan yang abadi Ya Rasulallah...

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Jika anda ada apa-apa saranan ataupun soalan, sila nyatakan komen anda ya! =)