Thursday, January 14, 2010

Silalah Baca Yer...

Janganlah sesekali kau terperdaya dengan DUSTA BERKALANG kerana ia HANYA KEPALSUAN semata-mata, ingatlah Allah setiap detik kerana Dia SELALU ADA dan sering menemani kita. Telah PERGI SAAT INDAH sewaktu kita bersama bak secebis KISAH INSAN. Walaupun antara kita cuma TEMAN BIASA namun ku tahu kau tetap setia MENANTI SOLEHAH yang pastinya hadir dalam hidupmu satu hari nanti. Dan insya Allah dengan izin Allah, lahirlah sebuah cinta abadi, cinta suci, cinta hakiki, CINTA TERAKHIR buat kau dan si dia, gadis yang kau inginkan selama ini yang mana jodoh kau telah pun ditentukan oleh Allah Ta'ala sendiri. Maka, berbahgialah kau di sampingnya hingga ke hujung nyawamu kerana aku redha dan pasrah atas ketentuan-Nya dan aku tahu Allah inginkan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang tersayang di dunia ini. Walaupun KU AKUI CINTA, KAU YANG SELALU ADA dalam ingatanku dan kenangan kita bersama. Akhir kata dariku, aku ikhlas menerima kenyataan ini dan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dengan si dia yang bakal menjadi isterimu kelak. Ameen..Ameen..Ameen Ya Robbal 'alameen...

(Untuk renungan buat yg empunya diri ni jgk...cerita ni aku reka sendiri, diharap kpd siape yg membacanya dpt meraih manfa'at yer...ok tu je & selamat membaca semua! =)

3 comments:

  1. subhanallah..
    indahnya karya kak hirah.. hee4..
    teramat kreatif..
    :)

    ReplyDelete
  2. masya Allah...tenkiyu dik..ilham kak dtg sendiri. Act yg "words ada mcm2 colour tu kn" semua tajuk lagu2 aiman...hehe...tk sangka plak boleh dijadikan cerita... =)

    skali lg thanks bebnyk yer dik....!! =D

    ReplyDelete
  3. :) sama2 kak..

    macam sin0psis sebuah nOvel..
    pandailah kak hirah cipta..

    ReplyDelete

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Jika anda ada apa-apa saranan ataupun soalan, sila nyatakan komen anda ya! =)